Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 di negeri Selangor melibatkan lapan (8) buah keluarga terpilih dan dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling. Keluarga yang berkenaan adalah;

BUKIT KUDA, 25 Mei 2019 – Kehidupan serba kekurangan Puan Jamilah bt Adima Kutty sejak tahun 2015 apabila suami tercinta disahkan mengidap penyakit tulang belakang yang kritikal. Sejak saat itu, suaminya yang dulu seorang kerani, sudah tidak bekerja seperti biasa bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Rumah yang didiami sekadar menjadi tempat berteduh. Bekalan elektrik dan air dalah ehsan dari rumah ibu Puan Jamilah dan bayaran penggunaan dibahagi sama rata. Mempunyai 4 orang anak yang semuanya masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian, 012-302 2196

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-028]

SHAH ALAM, 25 Mei 2019 – Disangkakan panas, rupanya hujan ditengah hari, begitulah kehidupan Encik Zulazmi Jaafar yang baru beberapa hari kehilangan isteri tercinta kerana mengidap kanser.

Mempunyai 2 orang anak yang masih belajar di MIA Kajang dan Sekolah Rendah kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam. Anak sulung beliau, tidak bekerja kerana membantu beliau menjaga isteri yang masih sakit semasa hayatnya.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian, 017 889 8229.

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-029]

SHAH ALAM, 25 Mei 2019 – Encik Faizal bin Yusop bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang di Shah Alam. Isteri belia tidak bekerja kerana mempunyai masalah tulang belakang yang serius. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak, yang 4 orang darinya masih bersekolah.

Namun pasangan ini diuji apabila anak kedua pengidap dyslexia dan anak bongsu yang baru berusia 5 tahun mengidap penyakit anemia. Saling bergilir gilir bagi temujanji hospital membuatkan hospital sudah menjadi rumah kedua bagi pasangan ini.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian, 018 247 2865

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-030]

MERU, 25 Mei 2019 – Berstatus ibu tunggal tidak menghalang Puan Alinawati bt A. Majid menyara kehidupan beliau dan 5 orang anaknya yang masih bersekolah.

Berniaga kecil-kecilan di rumah menjadi sumber pendapatan utama bagi keluarga ini. Namun sejak beberapa bulan yang lalu, perniagaan yang dijalankan merosot akibat penyewa tapak perniagaaannya yang sekarang telah menaikkan harga sewa tapak tersebut.

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-031]

RANTAU PANJANG (KLANG), 25 Mei 2019 – Puan Siti Rohani bt Abdol Rahman seorang ibu tunggal yang menyara kehidupan beliau dan 5 orang anaknya menggunakan pencen ilat arwah suami yang telah pergi mengadap Ilahi 2 tahun yang lalu.

Sejak itu beliau tidak bekerja kerana menguruskan 3 anaknya yang masih bersekolah dan 2 orang yang masih kecil. 

Dengan duit pencen itulah beliaulah mencukupkan semua keperluan yang diperlukan oleh anak-anaknya.  Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, RM 900 sebulan tidak cukup menjanjikan kemewahan kepada anak-anaknya.  Kebajikan diri lansung tidak dihiraukan demi memastikan keperluan dan kemahuan anak-anak dapat ditunaikan.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian, 011-2626 6624

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-032]

SHAH ALAM, 25 Mei 2019 – Encik Md Suraya bin Mohd Salleh bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah syarikat di Shah Alam. Isteri beliau, puan Shuziana bt Ramli mengidap diabetes yang membataskan beliau untuk bekerja. 

Pasangan ini mempunyai 2 orang anak yang sudah berkeluarga dan tidak bekerja namun sama-sama mengidap di kediaman beliau.  3 orang cucu hasil dari perkahwinan kedua-dua anaknya juga menjadi tanggungan Encik Md Suraya.  Mujurlah pihak Lembaga Zakat Selangor membayar sewa kediaman mereka sebanyak RM 500 dari RM 700 sewa bulanan.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian, 019-643 1608.

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-033]

SHAH ALAM, 25 Mei 2019 – Puan Hasyati Abdullah tidak bekerja kerana menjaga keperluan 8 orang anaknya yang masih bersekolah.  Suami beliau bekerja sebagai kru produksi penggambaran yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Kalau ada drama atau filem, adalah duit untuk mereka sekeluarga. 

Anak sulung pasangan ini yang baru berusia 11 tahun baru disahkan mengidap penyakit luekimia menyebabkan Puan Hasyati berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur 3 kali seminggu bagi temujanji doktor. Keperluan 7 anaknya yang lain ditinggalkan bersama kakak beliau yang juga tinggal di tingkat bawah PPR tersebut. 

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-034]

BUKIT KUDA (KLANG), 25 Mei 2019 – Encik Hamdan bin Hamzah bekerja sebagai pemandu di salah sebuah syarikat di Klang.  Isteri beliau, Puan Aida Jelani tidak bekerja kerana menjaga keperluan 6 orang anaknya yang masih bersekolah antara 6 tahun sehingga 17 tahun.

Walaupun hidup serba kekurangan, En Hamdan bersyukur, anak-anak tidak pernah merungut tentang makanan yang dihidang di atas meja.  Bagi mereka, apa yang ada sudah cukup memberi kegembiraan bagi mereka sekeluarga.

Penyerahan sumbangan SKR 2019 kepada keluarga ini adalah dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling.

[WA-SGR-035]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;