Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan empat (4) buah keluarga terpilih di kawasan Rawang. Proses serahan dibantu oleh Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah. Keluarga yang berkenaan adalah;

RAWANG, 23 Mei 2019 – Menziarah keluarga Puan Fatimah Ahmad di Apt Cempaka, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Tinggal bersama 5 orang anak-anak yang masih di bangku sekolah. Suaminya sudah 5 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung. Kini hanya beliau seorang sahaja yang menyara ke lima-lima anaknya. Anak ketiganya Nurul Fatiha Taa Qinny yang berusia 13 tahun telah ditawarkan tinggal di Asrama Kasih YBK.

Beliau kini hanya bergantung pada hasil jualan barang alat tulis yang dikongsi bersama seorang rakannya. Kata beliau hasil jualan tidak menentu kerana terpaksa bersaing dengan kedai yang lebih besar seperti Speed Mart 99. Sudah 17 tahun Puan Fatimah dan anak-anaknya duduk menyewa di situ dengan bayaran bulanan RM 300.00 sebulan. Mujurlah ada sedikit bantuan zakat meringankan bebanan tanggungan sekolah anak-anaknya.

Puan Fatimah boleh dihubungi di talian 013 391 8785.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 kepada keluarga Puan Fatimah Ahmad adalah daripada En Sulaiman Vernon.

[AS-SGR-001]

RAWANG, 23 Mei 2019 – Menziarah keluarga Puan Norazlinawati bt Amsah di Apt Dahlia, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Beliau tinggal bersama 6 orang anak-anaknya. Hanya seorang sahaja anaknya yang sudah bekerja sebagai pembantu klinik yang berdekatan dengan rumahnya. Suami beliau meninggal dunia pada tahun 2018. Ditambah pula dengan ujian anak bongsu beliau adalah OKU yang berusia 7 tahun dan masih lagi memerlukan pemeriksaan dan pemantauan di Hospital Selayang. Sewaktu Arwah suaminya masih hidup beliau membantu suaminya berniaga buah potong dan air buah siang dan malam.

Kini selepas kematian suaminya beliau hanya mampu berniaga roti burger pada waktu sebelah malam sahaja bagi meneruskan kehidupan menyara ke enam-enam anaknya. Beliau bersyukur kerana ada mendapat sedikit bantuan zakat untuk barangan dapur. Walau bagaimanapun beliau perlu berikhtiar untuk mencari pendapatan tambahan kerana anak-anaknya yang masih di bangku sekolah serta yang sedang melanjutkan pengajian tinggi selepas SPM.

Puan Norazlinawati boleh dihubungi di talian 017 298 1598.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 ini kepada keluarga Puan Norazlinawati bt Amsah adalah diterima daripada En. Sulaiman Vernon.

[AS-SGR-002]

RAWANG, 23 Mei 2019 – Menziarah Keluarga Puan Rusnah bt Abdul Rahman di Kampung Keliling, FELDA Gedangsa. Beliau masih mempunyai suami tetapi sehingga kini masih tidak bekerja. Di dalam keluarga hanya beliau seorang sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga.

Beliau mengambil upah mengemas rumah orang. Upah yang diterima untuk sebuah rumah sehari RM 60.00. Hampir 2 tahun Puan Rusnah menanggung keluarganya. Puan Rusnah dikurniakan 4 orang anak yang masih bersekolah. Anak sulungnya Norrus Zhulaika Damia diberikan bantuan pelajaran tinggal di Asrama Kasih YBK Serendah. Pada waktu cuit sekolah anak-anaknya akan turut membantu beliau mengambil upah mengamas rumah orang. Ketika ditemui hanya beliau dan anak-anaknya sahaja di rumah. Beliau tidak mendapat apa-apa sebarang bantuan. Rumah yang beliau duduki adalah rumah adik perempuan beliau.

Puan Rusnah bt Abdul Rahman boleh dihubungi di talian 019-4366126

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 ini kepada keluarga Puan Norazlinawati bt Amsah adalah diterima daripada En. Sulaiman Vernon.

[AS-SGR-003]

KUALA KUBU BHARU, 23 Mei 2019 – Menziarah keluarga En. Abd Albaari bin Zakarian di Kuarters Rumah Ehsan KKB. Beliau mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah dan seorang yang belum bersekolah. Beliau bekerja dengan orang mengambil upah membuat rumah, membaiki rumah. Pendapatan beliau tidak menentu, mujurlah ada isteri yang membantu bekerja sebagai bidan kampung di bawah JKM, disebabkan keperluan mendesak isterinya Puan Wan Normariani terpaksa berhutang dengan potongan gaji yang sangat tinggi sehingga terpaksa dimasukkan dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Anak sulung mereka Nur Ain Syafea berumur 13 tahun diberikan bantuan penempatan di Asrama Kasih YBK.

Sewaktu menziarah keluarga ini En. Abd Al baari tiada di rumah kerana mengambil upah membaiki rumah. Walaupun mereka tinggal di dalam kuarters kerajaan tetapi keperluan di dalam rumah mereka sangat daif.

En Abd Albaari bin Zakaria boleh dihubungi di talian 013- 5061918

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 ini kepada keluarga En. Abd Albaari bin Zakariah diterima daripada En Sulaiman Vernon.

[AS-SGR-004]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;