Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Perak melibatkan tiga (3) buah keluarga terpilih di kawasan Kuala Kangsar dan Bidor. Keluarga yang berkenaan adalah;

KUALA KANGSAR, 19 Mei 2019 – Encik Kamarul bersama isteri dan 4 orang anaknya tinggal menyewa di sebuah rumah kampung yang uzur. Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Anak ke-2 Encik Kamarul dan isteri, Puan Sharifah Abdul Ghani, Muhammad Hafizi (11 tahun), menghidap komplikasi buah pinggang yang agak serius dan memerlukannya ke hospital dengan kerap. Anak beliau perlu dirujuk ke Hospital Ipoh dan jaraknya dengan rumah agak jauh.

Anak-anak yang lain masih bersekolah - anak sulung Muhammad Nurhafirul (14 tahun) di SMK Raja Muda Musa, dan adik-adiknya yang lain di SK Lempor.

Encik Kamarul boleh dihubungi di talian 017 448 9296.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.Turut menyaksikan, Puan Nur Shamsidar Zulkafli (Guru Besar SK Lempor), Puan Nur Azlina Mohd Ali (Guru SK Lempor), dan wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang turut memberi sumbangan barangan.

[MS-PRK-004]

KUALA KANGSAR, 19 Mei 2019 – Encik Mohd Faizul menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja-kerja kampung, antaranya menoreh getah. Pendapatan daripada kerja ini adalah tidak menentu dan secara purata dalam RM500 sebulan. Dahulunya beliau mempunyai pukat namun telah rosak dan memerlukan kos yang agak tinggi untuk dibaiki. Isteri beliau, Puan Rohaida Yakob tidak bekerja kerana menjaga anak-anak mereka yang masih kecil.

Pasangan ini tinggal menumpang di rumah mertua bersama 9 orang anak mereka. Keadaan rumah pasangan ini agak daif dan hanya mempunyai keperluan asas. Lapan (8) orang anak masih bersekolah dan yang bongsu baru sahaja lahir. Anak sulung pasangan ini berusia 16 tahun dan bersekolah di SMK Bukit Mercu, manakala adik-adiknya bersekolah di SMK Tajul Arifin dan SK Lempor.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2951 8875.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah diserahkan sendiri oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz. Turut menyaksikan, Puan Nur Shamsidar Zulkafli (Guru Besar SK Lempor), Puan Nur Azlina Mohd Ali (Guru SK Lempor), dan wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang turut memberi sumbangan barangan.

[MS-PRK-005]

BIDOR, 23 Mei 2019 – Kehilangan kasih sayang ayah dan ibu sewaktu muda amat terkesan kepada lima adik beradik  Anis Shamimi (13 tahun), Ahmad Shamil (11 tahun), Ahmad Shauki (8 tahun), Ahmad Shakir (7 tahun) dan Anias Safiah (5 tahun).  

Namun kehilangan ini diganti dengan kasih sayang ibu saudara Mazyan Mohd Radzi dan bapa saudara Rosli Haji Jaraee yang juga mempunyai empat orang anak. Walaupun kehidupan emak saudara mereka bukan senang namun kasih sayang yang diberikan cukup mengubati rindu mereka kepada kedua ibu bapa yang telah tiada.

Nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian apabila mereka dibenarkan tinggal di rumah keluarga terdekat yang memberi kebenaran tinggal di rumah tersebut secara percuma.

[AZ-PRK-011]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;