Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Johor melibatkan empat (4) buah keluarga terpilih di kawasan Batu Pahat dan Kluang. Keluarga yang berkenaan adalah;

BATU PAHAT, 2 Mei 2019 - Pn. Sharifah Mohamed Kasrol adalah seorang ibu tunggal kematian suami dan diuji dengan penyakit berat. Beliau menghidap penyakit asma, jantung dan angin ahmar dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

Beliau tinggal menyewa di sebuah rumah bersama 5 orang anaknya dengan sewa RM250 sebulan. Bantuan yang diterima adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan PERKESO (RM285). Tiga (3) orang anak beliau masih belajar dan anak sulung beliau menghidap sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 744 0174.

Sumbangan SKR 2019 daripada Pn. Samsiah Mohd Dom telah disampaikan oleh Dato’ Selamat bin Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

[AF-JHR-001]

BATU PAHAT, 10 Mei 2019 – Pn. Sarinah binti Qayom seorang Ibu tunggal kematian suami lebih kurang setahun yang lalu. Beliau kini menjaga 8 orang anak yang mana 4 darinya masih bersekolah.

Anak sulong beliau berusia 16 tahun bersekolah menengah di SMA At Tarbiyah al-Islamiyyah. Anak kedua berusia 15 tahun kini terlantar di hospital akibat kemalangan sebulan lalu yang telah menyebabkannya patah tangan dan pendarahan di kepala. Anak ketiga 14 tahun bersekolah di SMK Dato’ Bentara Luar. 2 orang anak bersekolah rendah manakala 2 lagi berusia 4 dan 1 tahun masih belum bersekolah. Pn. Sarinah bekerja mengambil upah menjahit baju dimasa terluang dengan pendapatan hanya RM300 sebulan. Keluarga ini juga mendapat sedikit sumbangan dari JKM.

Pn. Sarinah binti Qayom boleh dihubungi di talian 019-6887172.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Syarikat Arah Semangat Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Cikgu Norsalihan, Sukarelawan YBK di Batu Pahat.

[RA-JHR-010]

KLUANG, 19 Mei 2019 – En. Alias Hew bin Abdullah seorang muallaf bersama isteri dan 4 orang anak yang bersekolah. Beliau juga menjaga seorang ibu berusia 73 tahun yang uzur dan memerlukan tongkat untuk berjalan.

Bekerja membawa anak-anak penduduk setempat ke sekolah, En Alias perlu berulang beberapa kali memandangkan kereta iswara miliknya hanya boleh memuatkan 5 orang pelajar untuk satu trip perjalanan. Anak sulong 16 tahun dan kedua 14 tahun bersekolah di SMK Taman Sri Kluang manakala 2 lagi anaknya besekolah rendah di SK Taman Kluang Barat.

En Alias Hew boleh dihubungi di talian 012-761 0277.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat OUD Management Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh En. Hashim Anang.

[RA-JHR-034]

KLUANG, 19 Mei 2019 – En Abdul Hamid bin Yusof baru sahaja kehilangan isteri beliau yang menghidap penyakit SLE. Kini beliau dan 3 orang anak tinggal bersama ibu yang uzur berusia 77 tahun dan seorang adik yang mempunyai masalah mental.

Anak sulong berusia 14 tahun bersekolah di SMK Tmn Sri Kluang, anak kedua berusia 12 tahun di SK Lelaki Bandar dan anak perempuan berusia 9 tahun bersekolah di SK Perempuan Bandar mempunyai masalah pada penglihatan dan sedang mendapatkan rawatan secara berkala di hospital pakar Johor Bahru. En Azhar bekerja mengambil upah menjaga kebun sawit milik orang kampung dengan pendapatan lebih kurang RM500 sebulan.

En Abdul Hamid boleh dihubungi di talian 017-7710232.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 untuk keluarga ini diterima daripada Syarikat OUD Management Sdn Bhd dan telah diserahkan oleh Ketua Kampung Bentong, En. Zainal Kadir.

[RA-JHR-035]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;