HULU LANGAT, 26 April 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah melaksanakan sesi Motivasi Semangat Mendaki yang merupakan sebahagian daripada program 'Zero 2 Hero' di SMK Abdul Jalil. Sesi ini melibatkan anak-anak asnaf daripada tingkatan 3, 4 dan 5 dengan jumlah penyertaan mencecah 80 orang.

Sesi dimulakan pada jam 9 pagi dan dikendalikan oleh saudara Audi Faliq Ibrahim selaku jurulatih. Sesi berlangsung selama 3 jam dan pelajar telah diperkenalkan dengan idea Semangat Mendaki, Neuro Linguistic Programming (NLP), sistem sensori, emosi, corak 'State Management' dan teknik merangka matlamat.

Pengurus Besar YBK merangkap alumni SMK Abdul Jalil, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut meluangkan masa memberikan motivasi dan amanat kepada pelajar. Antara nasihat beliau adalah untuk terus belajar dan berusaha serta kembali berbakti kepada sekolah apabila telah berjaya kelak.

YBK merakamkan penghargaan kepada Cikgu Zasmarti Abdullah Nawani dan pengurusan sekolah kerana memberi peluang dan ruang untuk melaksanakan sesi motivasi ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;