SG. BUAYA, 25 April 2019 - Para pelajar tingkatan 5 seramai 50 orang telah mengikuti sesi Motivasi Semangat Mendaki (MSM) Yayasan Basmi Kemiskinan yang dilangsungkan di SMK Bandar Sungai Buaya.

Sesi kali ini berlangsung selama dua (2) jam secara sembang santai bersama saudara Audi Faliq Ibrahim selaku jurulatih dan dibantu oleh saudara Muhd Afiq Mohd Azman.

Beliau telah berkongsi berkenaan kepentingan merancang cita-cita dan masa depan, berfikir secara positif dan penetapan matlamat dan 'role model', di samping mendengar pendapat dan perkongsian daripada beberapa orang pelajar.

Sebelum berlangsung sesi, pertemuan bersama Pengetua, Pn. Alimah Abu Noh telah diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama antara YBK dan sekolah. Pihak sekolah telah menyatakan minat untuk melaksanakan program di Kem YBK dan perbincangan susulan akan dilakukan kelak.

Turut hadir bersama, Pn. Salmiza Sahnu dan Pn. Nor Azimah Idayu (Kaunselor) serta Pn. Siti Mariam Nawari (S/U Program Kecemerlangan Akademik).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;