BERANANG, 19 Mac 2019 - Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan telah diadakan di SMK Khir Johari, Beranang melibatkan hampir 150 orang pelajar tingkatan 5. Sesi berlangsung di dewan utama bermula jam 9 pagi dan dikendalikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim dan En. Muhd Afiq Mohd Azman.

Pelajar telah diperkenalkan dengan konsep dan idea Semangat Mendaki dan beberapa 'pattern' Neuro-Linguistic Programming (NLP) seperti 'State Management' dan Teras Perubahan. Sesi berakhir pada jam 12 tengahari.

YBK juga berkesempatan bertemu dengan Pengetua SMK Khir Johari, En. Mohd Razali Mat Yasin dan bertukar-tukar pandangan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara YBK dan pihak sekolah.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;