KUALA LUMPUR, 9 Mac 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan pada hari ini amat istimewa kerana YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan Datin Hartini Osman dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK telah hadir bersama untuk mengedarkan sarapan pagi, minuman serta kudapan kepada rakan-rakan jalanan.

Edaran dilakukan selepas solat subuh dan berlangsung dengan lancar. Sebanyak 200 pek sarapan, kudapan dan minuman pagi telah diagihkan dan selesai pada jam 8 pagi. YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom juga telah diberi penghormatan untuk melaungkan azan Subuh pada hari ini.

YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Shameer Nasha daripada Shah Alam untuk tajaan dan sumbangan bagi 200 pek sarapan pada pagi ini. Terima kasih juga buat sahabat YBK, Afifah kerana turut menaja kek muffin buat rakan jalanan pada pagi ini.

YBK mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan para dermawan sama ada individu atau organisasi. Hubungi saudara Asuad di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051 untuk info lanjut.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;