SERENDAH, 12 Januari 2019 - Setelah seminggu pelajar-pelajar baru Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah dan Gesir melalui minggu orientasi, malam ini telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Orientasi Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan permainan ‘Send Your Best’ oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz. Para pelajar dilatih untuk saling mengenali dan berfikir untuk membuat keputusan dan tindakan dalam masa yang singkat. Kemahiran berfikir dan membuat keputusan dengan pantas adalah kriteria utama dan pelajar perlu faham bahawa setiap insan dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan secara bijaksana.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Datin Hjh Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah dan Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;