KUALA LUMPUR, 17 November 2018 - Program Santuni Gelandangan pada minggu ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah berjalan seperti biasa dengan 200 pek sarapan dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Tajaan untuk minggu ini adalah daripada YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom.

YBK turut berbesar hati kerana dibantu oleh seramai 9 orang pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula daripada proses memasak di Dapur YBK pada malam sebelumnya sehinggalah edaran selesai kira-kira jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang atau membantu program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di nombor 012-6174051.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;