KUALA LUMPUR, 3 November 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.

Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama sukarelawan daripada Surau Al-Mukmin Gombak membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Turut hadir, Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK. Edaran selesai sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;