SG. BULOH, 3 November 2018 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyantuni salah satu kumpulan sasar iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) di dalam Program 'Tiny Steps to Thousand Miles Journey' yang berlangsung di SK Desa Aman.

Program ini dilaksanakan oleh pelajar Sarjana Pengurusan Sistem Pejabat UiTM dengan kolaborasi bersama beberapa NGO di mana YBK merupakan salah satu penajanya. Turut hadir, YDP PIBG, sukarelawan dan para ibu bapa.

Sekolah ini menempatkan 16 orang anak-anak istimewa dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKi). En. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK telah hadir ke program ini dan turut menyaksikan penyerahan kelas PPKi yang telah direnovasi agar lebih ceria dan selesa hasil sumbangan orang ramai.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;