BUKIT BERUNTUNG, 25 Oktober 2018 - Sesi Motivasi Semangat Mendaki YBK hari ini telah diadakan di SMK Taman Bunga Raya 1 melibatkan 250 orang pelajar. Kesemua pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada tingkatan 5 merangkap calon SPM. Sesi diadakan di Dewan Seminar sekolah.

En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq selaku Jurumedia. Para pelajar diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki yang merangkumi 5 teras utama iaitu Minda, Emosi, Impian, Kepercayaan dan Keberanian. Sesi berlangsung selama 3 jam bermula 9 pagi dan disampaikan secara syarahan dan praktikal. Corak Neuro-Linguistic Programming (NLP) seperti Teras Perubahan, Bulatan Kecemerlangan dan 'State Management' turut diperkenalkan kepada pelajar.

Turut hadir bersama dalam sesi, En. Ahmad Mulyadi Mohammad, kaunselor SMK Taman Bunga Raya 1. Sesi selesai sepenuhnya pada jam 1 petang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;