BATU LAUT (SEPANG), 3 Julai 2018 - Siri Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan diteruskan selepas berehat selama sebulan. Kali ini telah diadakan di SMK Batu Laut, Sepang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 seramai hampir 90 orang.

Sesi dimulakan pada jam 10:30 pagi selama 3 jam. Dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim. Para pelajar telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK yang merangkumi 5 prinsip utama iaitu Iman & Taqwa, Mengurus Diri, Impian, Kepercayaan dan Keberanian.

Para pelajar juga telah diperkenalkan dengan beberapa corak (pattern) Neuro Linguistic Programming (NLP) seperti 'Bulatan Kecemerlangan', 'Teras Perubahan', 'Triplet-A' dan 'State Management'.

Sesi selesai tepat jam 1:30 petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;