SHAH ALAM, 7 Oktober 2017 - Program Motivasi NLP Yayasan Basmi Kemiskinan dengan kerjasama GPSBestari Karangkraf telah diadakan hari ini di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf melibatkan penyertaan 230 orang pelajar daripada 7 sekolah sekitar Shah Alam dan Kuala Langat serta 1 Institut Pengajian Tinggi (IPT). Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan ada juga yang mendaftar secara persendirian (walk-in).

Sekolah yang terlibat adalah SMK Seksyen 19, SMK Taman Sri Muda, SMK Seksyen 18, SMK Seksyen 16, SMK TTDI Jaya, dan SMK Sijangkang Jaya, yang menghantar penyertaan teramai (85 pelajar). Kolej Bersepadu Nasional turut menyertai program ini dengan menghantar 18 orang pelajar diploma tahun pertama.

Sesi dikelola oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan. Para peserta telah diperkenalkan dengan asas Neuro-Linguistic Programming NLP dan turut diajar beberapa corak NLP seperti 'State Management', 'Bulatan Kecemerlangan', 'Teras Perubahan' dan 'Sensory Acquity'. Praktikal dan pertandingan 'State Management' turut diadakan bagi menguji kefahaman peserta di samping menguji elemen kerjasama dalam kumpulan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir, Pn. Wan Fauziah Wan Abdullah, Penolong PPD Bimbingan Kaunseling Kerjaya Murid PPD Petaling Perdana, serta guru-guru pengiring dan pegawai. Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi YBK melahirkan rasa gembira atas penyertaan pelajar dan turut memberikan nasihat berguna kepada para peserta.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil, cenderahati dan hadiah kepada tetamu kehormat dan para peserta serta persembahan corak NLP 'State Management' secara beramai-ramai bersama tetamu kehormat oleh juara pertandingan iaitu Kolej Bersepadu Nasional.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;