BUKIT BERUNTUNG, 3 Oktober 2017 -  Bertempat di Dewan Al-Farabi, SMK Taman Bunga Raya (1), telah berlangsung Program Motivasi NLP di mana hampir 200 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian. Program ini merupakan sebahagian daripada siri motivasi untuk tahun 2017 dan merupakan sekolah ke-2 dalam daerah Hulu Selangor yang disinggahi kumpulan motivasi YBK.

Program dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim, Ustaz Saiful Akmal Addanan dan Muhd Afiq Mohd Azman. Tepat jam 8:30 pagi, program dimulakan setelah para pelajar mengambil tempat dan selesai hampir 4 jam kemudian. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep Motivasi, Kecemerlangan, asas NLP dan juga beberapa praktikal corak NLP seperti 'Circle of Excellence', 'State Management', 'Sensory Experience' dan 'Meta Model'.

Majlis penutup bermula pada jam 12:30 tengahari dan turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu-bapa pelajar. Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1), Puan Zarina Abdul Rahman dan Yang di-Pertua PIBG turut hadir dan memberikan ucapan. En. Zulhairy Jalaluddin turut menyampaikan ucapan mewakili YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.

Destinasi seterusnya adalah di Kumpulan Media Karangkraf, pada 7 Oktober 2017.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;