BUKIT PIATU (MELAKA), 25 Ogos 2017 - Hari ini team Motivasi YBK telah memenuhi undangan untuk menyampaikan sesi motivasi kepada 40 orang pelajar asnaf daripada SMK Perimbun. Sekolah menengah yang terletak di Batu 9, Cheras ini sedang mengadakan kem cuti sekolah 3 hari kepada pelajar asnaf zakat dan YBK dijemput untuk pengisian slot hari pertama. Sesi diadakan di dewan seminar, Hotel Mutiara KGMMMB, Melaka.

Sesi bermula pada jam 6 petang sebaik sahaja pelajar tiba dan dipecahkan kepada dua slot iaitu sebelah petang dan malam. Slot di sebelah petang telah dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, ketua jurulatih team Motivasi YBK merangkap Ketua Pegawai Eksekutif YBK. Sepanjang 1 jam yang pertama, para pelajar telah diperkenalkan dengan konsep dan teori kecemerlangan, 'world class', dan Neuro-Linguistic Programming (NLP). Pelajar juga dipertontonkan beberapa video bagi mengukuhkan pemahaman.

Selepas makan malam dan solat Maghrib dan Isyak, sesi sebelah malam diteruskan oleh saudara Audi Faliq Ibrahim di mana corak (pattern) NLP dan praktikalnya telah diperkenalkan kepada para pelajar. Corak 'State Management', 'Eye Accessing Ques' dan konsep 'Internal Representation' telah diperkenalkan dan dilaksanakan bersama pelajar. Di akhir sesi, para pelajar telah melaksanakan corak 'State Management' secara beramai-ramai dan penuh daya semangat.

Sesi diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan pertukaran cenderamata antara YBK dan guru pengiring SMK Perimbun. Maklumbalas yang diterima adalah amat positif dan para pelajar amat mengalu-alukan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan di sekolah dengan skala yang lebih besar di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada guru pengiring, Cikgu Zamilah, Cikgu Rozainal dan kaunselor sekolah, Cikgu Azlinda atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;