KALUMPANG, 17 Februari 2017 - Program Motivasi NLP Yayasan Basmi Kemiskinan yang pertama untuk bulan Februari telah dilaksanakan di SMK Kalumpang hari ini. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 5 telah hadir dan menyertai sesi yang berlangsung hampir 3 jam.

Sesi bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12:30 tengahari. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep 'kecemerlangan', 'semangat mendaki', 'world class' dan asas NLP di samping diperkenalkan dengan 'pattern' NLP seperti 'Circle of Excellence' dan 'State Management'. En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh saudara Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Program di sekolah diatur gerak oleh Cikgu Ahmad Zaki Yahut. Para pelajar memberikan kerjasama yang memuaskan dan mengikuti program sehingga tamat.

Sekolah-sekolah yang berminat untuk menjemput YBK memberikan sesi motivasi NLP boleh menghubungi saudara Audi Faliq di talian pejabat 03 7875 0036 atau 019 3740 382.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;