KUALA SELANGOR, 19 Januari 2017 - Program Motivasi NLP meneruskan momentumnya dengan siri ke-2 telah diadakan di Pusat Latihan YBK di Kuala Selangor. Seramai 70 orang pelajar mengambil bahagian di mana sesi telah berlangsung selama tiga (3) jam bermula 9 pagi. Sesi dikendalikan oleh ketua jurulatih, En. Zulhairy Jalaluddin dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim.

Para pelajar telah diperkenalkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) melalui metologi syarahan dan aktiviti 'hands-on' di samping idea kecemerlangan daripada kacamata seorang pelajar. Pelajar juga dibimbing untuk melakukan corak-corak (pattern) NLP terpilih seperti 'State Management', 'Circle of Excellence' dan 'Teras Perubahan'.

Sesi ditamatkan pada jam 1 petang.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;