KG. GESIR TENGAH, 6 Mei 2016 - Dalam usaha untuk mengukuhkan semangat mendaki ke puncak jaya, satu sesi motivasi telah diadakan di ASKA Gesir. Seluruh pelajar seramai 25 orang terlibat dalam sesi ini yang dimulakan selepas solat Isyak. Turut bersama, pengetua dan warden asrama. Sesi ini adalah pengukuhan daripada sesi yang dilakukan pada bulan Januari yang lalu.

Sesi dilaksanakan secara informal dan santai untuk menggalakkan pelajar melontarkan idea dan pendapat mereka. En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih mengelolakan sesi dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim. Idea Neuro-Lingustic Programming (NLP) untuk pelajar menjadi teras utama motivasi tetapi telah dipermudahkan struktur penyampaiannya agar lebih mudah difahami oleh peringkat pelajar sekolah rendah. Konsep 'mendaki' yang diilhamkan oleh Dato' Pengerusi YBK turut disampaikan. Para pelajar turut diajar corak (pattern) NLP seperti 'Teras Perubahan' dan 'State Management'. Sesi selesai pada jam 11 malam.

Diharap sesi motivasi ini dapat memberikan pembaharuan dalam semangat dan keyakinan pelajar di samping memperkasakan budaya 'mendaki' dan 'world class' demi mencapai yang terbaik dalam segenap aspek rohani dan jasmani. Sesi santai sebegini akan diteruskan di masa-masa akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;