SABAK BERNAM, 21 Ogos 2015 - Siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK diteruskan di SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Sekolah ini merupakan destinasi ke-13 dikunjungi grup Motivasi YBK. Seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian dan sebagaimana siri-siri sebelumnya, En. Zulhairy selaku ketua jurulatih telah mengelola sesi dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Mohd Afiq.

Sesi yang berlangsung selama 3 jam telah mendedahkan para pelajar kepada konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disusun khusus untuk pelajar. Idea 'world class', meta program, meta model dan model komunikasi dan konsep-konsep berkaitan telah diajar. Juga, pattern asas NLP seperti 'Teras Perubahan', Triplet-A, dan 'State Management' turut disampaikan.

Setiap pelajar diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia. Diharap para pelajar beroleh manfaat daripada perkongsian ilmu yang diberikan dan seterusnya memacu motivasi dan keyakinan diri.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;