SANGLANG (PERLIS), 25 Julai 2015 - Siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK diteruskan dengan destinasi pertama di luar Selangor - SMK Sanglang, Perlis. Sekolah yang dikelilingi dengan kehijauan sawah padi ini telah menerima penyertaan daripada 85 orang pelajar tingkatan 5. En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman dari YBK.

Sesi dilaksanakan di dewan utama sekolah dan bermula pada jam 9 pagi. Sebagaimana kelaziman, konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) menjadi intipati utama modul motivasi di samping penekanan kepada konsep kecemerlangan, minda dan keyakinan diri. Pelajar turut didedahkan dengan 'corak' NLP seperti Triplet-A, State Management dan Wayang Minda.

Di akhir sesi, pelajar telah diberikan Sijil Penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia serta buku kerja untuk rujukan dan latihan di rumah. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan diharapkan curahan ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan bagi membina jatidiri yang lebih baik dan mantap.

Sesi motivasi seterusnya adalah di SMK Tanah Merah di Pendang, Kedah pada hari berikutnya (26/7/2015).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;