KUALA LANGAT, 20 Jun 2015 - Ketibaan bulan Ramadhan tidak membantutkan semangat YBK untuk meneruskan siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar siri ke-7 dengan terlaksananya di SMK Sijangkang Jaya, Teluk Panglima Garang. Seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai sesi kali ini. Sebagaimana kelaziman, sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua motivator dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman daripada YBK.

Sesi bermula pada jam 9 pagi dan didahului oleh ucapan aluan daripada wakil pengurusan sekolah sebelum diteruskan oleh motivator. Walaupun berpuasa, para pelajar telah menunjukkan kerjasama dan semangat yang baik sepanjang sesi berlangsung selama 3 jam. Konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) terus menjadi teras utama modul dan para pelajar telah didedahkan dengan konsep kecemerlangan, idea 'world-class', model komunikasi, meta-program dan pelbagai lagi ilmu NLP. Juga, pelajar turut diajar terapi ringkas berupa corak (pattern) NLP seperti Triplet-A, SWISH, Wayang Minda dan State Management.

Di akhir sesi, para pelajar telah diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia di samping Buku Kerja NLP bagi rujukan lanjut. Diharapkan sesi ini memberikan suntikan semangat dan kesedaran kepada para pelajar dalam misi mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja kerana peperiksaan tetapi berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;