KALUMPANG, 4 April 2015 - Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK membuka tirai apabila siri pertama telah diadakan di SMK Kalumpang melibatkan 30 orang pelajar. Modul program ini adalah berasaskan 'Neuro-Linguistic Programming' (NLP) yang telah disesuaikan dengan tahap pemahaman pelajar. Jurulatih daripada YBK, En. Zulhairy Jalaluddin telah mengelola sesi berdasarkan metodologi teori dan praktikal sambil dibantu oleh pegawai YBK yang hadir. Kaunselor sekolah, Cikgu Ahmad Zaki Yahut turut sama hadir.

Sesi yang bermula jam 8:30 pagi memberi fokus kepada aspek kecemerlangan, emosi, keadaan diri dan matlamat sebagai seorang pelajar. Konsep NLP diperkenalkan melalui teori dan praktikal seperti gerakan 'state management/incantation', 'SWISH pattern' dan pelbagai lagi. Sesi selama 4 jam itu memberi keterujaan kepada pelajar dan rata-rata memberi komen yang positif dan meminta diadakan sesi seumpamanya di masa-masa akan datang. Cenderahati berupa novel 'Destini Di Penghujung Pelangi' turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi.

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK adalah siri motivasi yang akan diadakan di sekolah-sekolah terpilih dan diharapkan motivasi ini akan memberi impak positif dan semangat kepada pelajar untuk memberikan yang terbaik dan memcorak minda menjadi seorang pelajar yang cemerlang daripada sudut minda, sikap dan matlamat yang sempurna.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;