SHAH ALAM, 25 Januari - Program motivasi pelajar adalah salah satu agenda utama YBK pada tahun ini di mana semua sekolah di bawah Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) akan mengambil bahagian. Bagi maksud tersebut, pegawai yang terlibat secara langsung telah menghadiri kursus 'Certified Trainer NLP For Students' yang dianjurkan oleh Akademi NLP Malaysia. Kursus ini berlangsung selama dua hari (24 dan 25 Januari) dan melibatkan kira-kira 30 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. YBK telah menghantar tiga (3) orang pegawai menghadiri kursus ini.

Kursus ini memberi penekanan khusus dalam aspek latihan (training) dan penyampaian konsep-konsep Neuro Linguistic Programming (NLP) yang disesuaikan untuk pelajar sekolah. Aspek teori dan praktikal termasuk skil penyampaian dilaksanakan oleh semua peserta. Kursus disampaikan oleh Tuan Haji Md. Taib Mat selaku 'Master Trainer'. Di akhir kursus, semua peserta telah diiktiraf sebagai jurulatih (Certified Trainer) NLP Pelajar oleh Akademi NLP dan boleh memberi kursus NLP untuk pelajar sekolah.

Pentauliahan ini penting bagi memastikan YBK bersedia untuk melaksanakan program motivasi pelajar yang akan bermula pada bulan Februari nanti. Kursus ini juga merupakan satu platform bagi YBK menghidupkan jaringan dengan pakar-pakar dan jurulatih motivasi lain yang turut bersama menyumbang idea.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;