Kunjungan Hormat dan Lawatan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Kunjungan Hormat Bertemu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

    KUALA LUMPUR, 4 Februari 2025 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia bersama delegasi Badan Musyawarah Adat Provinsi Bengkulu, Indonesia yang diketuai oleh Pak Efendi MS telah melaksanakan kunjungan hormat bertemu YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia.

    Para tetamu telah diraikan dengan jamuan makan tengahari oleh YBhg. Tan Sri. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bengkulu Malaysia.

    Read more
  • Kunjungan Hormat GIATMARA Petaling Jaya Selatan Ke YBK

    KELANA JAYA, 15 Januari 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi GIATMARA Petaling Jaya Selatan (GIATMARA PJS).

    Delegasi GIATMARA PJS telah diketuai oleh Pengurus Kanan, Puan Yushaslinda Yaso. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengalu-alukan kehadiran dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat.

    Taklimat berkenaan YBK telah diperlihatkan kepada delegasi dan diteruskan dengan taklimat daripada GIATMARA PJS. Ini disusuli dengan sesi perbincangan berkenaan kerjasama strategik yang boleh diterokai oleh YBK dan GIATMARA PJS.

    Turut bersama dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir), dan Cik Raudah Zakaria (wakil Akademi Kemahiran YBK).

    Secara dasarnya, YBK dan GIATMARA PJS telah melihat beberapa potensi sinergi dalam program kedua-dua pihak, khususnya dari aspek kesediaan GIATMARA PJS untuk memberi peluang menyertai kursus-kursus pendek dan mengambil manfaat kemudahan fasiliti dan kepakaran yang dimiliki, di samping peluang melanjutkan pelajaran untuk anak-anak Asrama Kasih YBK.

    Perbincangan lanjutan berkenaan pemeteraian kerjasama secara rasmi akan dilakukan di peringkat pengurusan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT OF GIATMARA PETALING JAYA SELATAN TO YBK

    KELANA JAYA, 15 January 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a courtesy call from the Petaling Jaya Selatan GIATMARA Sdn. Bhd. (GIATMARA PJS) delegation.

    The GIATMARA PJS delegation was led by the Senior Manager, Mrs. Yushaslinda Yaso. YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz welcomed the audience and was taken to the Meeting Room for the briefing session.

    The briefing on YBK was shown to the delegates and continued with a briefing from GIATMARA PJS. This was followed by a discussion session on strategic collaborations that can be explored by YBK and GIATMARA PJS.

    Also present in this session were Mrs. Norleza Hambali (YBK Administration and Education Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager), Mrs. Halimaton Saadiah (Principal of Asrama Kasih YBK Serendah), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of Asrama Kasih YBK Gesir), and Ms. Raudah Zakaria (Akademi Kemahiran YBK representative).

    In principle, YBK and GIATMARA PJS have seen several potential synergies in the programmes of both parties, especially in terms of GIATMARA PJS's willingness to provide opportunities to participate in short courses and take advantage of the facilities and expertise possessed, as well as further education opportunities for the children of YBK Kasih Dormitory.

    Further discussions on the formal signing of the cooperation will be held at the management level.

    Read more
  • Lawatan Kerja Ke Rajasthan, India

    RAJASTHAN (INDIA), 6 Januari 2025 - Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diketuai oleh Pengerusi, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom bersama-sama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman telah melakukan lawatan kerja ke Jaipur di wilayah Rajasthan, India.

    YBK dan YBCare telah menerima jemputan khas ke Six Senses Fort Barwara Hotel dan menerima sambutan istimewa daripada YBrs. Dr. Harbeen Arora Rai (Pengasas G100 Global Woman Leaders) dan YBrs. Dr. Vinay Rai (Pengasas merangkap Pengerusi Rai University, India).

    Turut hadir mengiringi, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Ikmalul Imtihan (Koordinator YBCare), Puan Reena Suriani (Naib Presiden Kanan Pengurusan Projek, Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.) dan Encik Muhammad Zulkarnain Hamdan (Eksekutif Projek PEHSB).

    Pengisian lawatan kerja ini adalah beberapa sesi perbincangan kerjasama dan lawatan ke sekitar wilayah Rajasthan dan Delhi bagi meninjau konsep hotel berkonsepkan 'istana' dan 'resort in the forest'.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    WORKING VISIT TO JAIPUR, RAJASTHAN (INDIA)

    RAJASTHAN (INDIA), 6 January 2025 - The Delegation of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) led by the Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom together with Yayasan Bina Kesejahteraan led by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman Osman paid a working visit to Jaipur in the province of Rajasthan, India.

    YBK and YBCare received a special invitation to the Six Senses Fort Barwara Hotel and received a special welcome from YBrs. Dr. Harbeen Arora Rai (Founder of G100 Global Woman Leaders) and YBrs. Dr. Vinay Rai (Founder and Chairman of Rai University, India).

    Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Mr. Ikmalul Imtihan (Coordinator of YBCare), Mrs. Reena Suriani (Senior Vice President of Project Management, Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.) and Mr. Muhammad Zulkarnain Hamdan (Project Executive of PEHSB).

    The contents of this working visit were several cooperation discussion sessions and visits around the Rajasthan and Delhi provinces to explore the concept of hotels with the concept of 'palace' and 'resort in the forest'.

    Read more
  • YBK Terima Kunjungan Hormat Daripada PEN Academy

    KELANA JAYA, 19 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada PEN Academy.

    Hadir daripada pihak PEN Academy adalah Encik Mohd Hauzir Husin (Pengarah Urusan merangkap Pengasas) dan Encik Raimi Khalidin (Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Strategi).
    Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK telah mengalu-alukan kehadiran dan memberikan taklimat berkenaan latar belakang YBK kepada delegasi. Ini diikuti dengan perkongsian profil PEN Academy oleh Encik Mohd Hauzir dan perbincangan ruang-ruang kerjasama antara kedua-dua pihak.

    PEN Academy adalah satu institusi pendidikan yang menggunakan konsep pembangunan kerjaya berdasarkan Program Latihan Industri. Institusi ini menawarkan program sijil profesional pelbagai kursus dalam bidang seperti hospitaliti dan logistik melalui kerjasama dengan UTMSPACE dan University College TATI.

    Turut bersama dalam sesi, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pendidikan) serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).

    YBK dan PEN Academy secara prinsip telah bersetuju untuk memperincikan kerjasama dalam aspek menambah nilai peluang pendidikan kepada pelajar dan alumni outlet-outlet YBK seperti Asrama Kasih dan Akademi Kemahiran YBK, di samping merancang program bersama untuk membantu anak-anak daripada keluarga yang kurang bernasib baik mendapat peluang pendidikan tinggi.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke GIATMARA Kapar

    KLANG, 17 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke GIATMARA Kapar yang terletak di Rantau Panjang, Klang.

    Kehadiran delegasi YBK yang diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) telah disambut oleh Encik Mohd Aizat Abdul Aziz, Pengurus GIATMARA Kapar. Beliau telah memberi penerangan berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di sini, dan lawatan ke lokasi latihan pelatih.

    Difahamkan GIATMARA Kapar menawarkan kursus penyelenggaraan automotif dan jentera berat, serta turut menawarkan kursus elektrik Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2).

    Semasa perbincangan lanjutan, YBK dan GIATMARA Kapar secara prinsip amat terbuka untuk meneroka ruang kerjasama dalam perkongsian jaringan, khidmat nasihat serta kepakaran khususnya bersama outlet pendidikan YBK iaitu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • YBK Dengar Taklimat Dari Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera

    KELANA JAYA, 4 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera (SKNS).

    Objektif kunjung hormat ini antaranya adalah untuk membentangkan hasil kajian berkenaan kebangkitan ketamadunan, serta isu-isu berkaitan negara bangsa. Juga, pertemuan ini adalah untuk mengenal pasti ruang-ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara YBK dan SKNS.

    Delegasi SKNS seramai 6 orang telah diketuai oleh YM Tengku Azrul Hisham Tengku Abidin, Timbalan Pengerusi SKNS. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom bersama meluangkan masa mendengar taklimat dapatan kajian yang dibentang.

    Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK; Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ketua-ketua jabatan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     YBK LISTENING TO A BRIEFING FROM THE SECRETARIAT OF KEBANGKITAN NUSANTARA SEJAHTERA

    KELANA JAYA, 4 December 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning received a courtesy call from the Secretariat of Kebangkitan Nusantara Sejahtera (SKNS).

    The objectives of this courtesy visit were to present the results of research on the rise of civilization, as well as issues related to the nation-state. Also, this meeting is to identify areas of cooperation that can be implemented between YBK and SKNS.

    The SKNS delegation of 6 people was led by YM Tengku Azrul Hisham Tengku Abidin, Deputy Chairman of SKNS. Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom together spent time listening to a briefing on the findings of the study presented.

    Also present were YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman, YBK Administrative Advisor; Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib and Mr. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and heads of departments.

    Read more
  • Kunjung Hormat YBK Bertemu Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor

    KUALA KUBU BHARU, 3 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Kunjungan Hormat bertemu Puan Julaiha bt Jamaluddin, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di pejabat beliau.

    Delegasi YBK telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK, dan turut bersama adalah YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

    Kunjung hormat ini turut membincangkan urusan-urusan YBK bersama MPHS.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     COURTESY VISIT TO THE PRESIDENT OF THE HULU SELANGOR MUNICIPAL COUNCIL

    KUALA KUBU BHARU, 3 December 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) has held a courtesy call to meet Mrs. Julaiha Jamaluddin, the Yang Di Pertua of the Hulu Selangor Municipal Council (MPHS) at her office.

    The YBK delegation was led by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom as the Chairman of YBK, and also present was YBhg. Datin Dr. Dr (h.c) Hartini Osman (YBK's Administrative Advisor), Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (YBK's Board of Trustees), and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (YBK's General Manager).

    The courtesy visit also discussed the affairs of YBK and MPHS.

    Read more
  • Lawatan Kerja Ke Menara Merdeka 118

    KUALA LUMPUR, 21 November 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah mengadakan lawatan kerja ke Menara Merdeka 118.

    Mengetuai delegasi YBK adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama-sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan pengurusan tertinggi, dan ketibaan di Menara Merdeka 118 telah disambut oleh YM Tengku Dato' Ab. Aziz bin Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

    YM Tengku Dato' Ab. Aziz telah menyampaikan taklimat berkenaan sejarah serta latar belakang Menara Merdeka 118, dan kemudian delegasi YBK dibawa ke tingkat 118 yang bagi melihat pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dan ruang dalaman.

    Turut hadir bersama, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), ketua-ketua jabatan dan outlet, wakil pelajar Asrama Kasih YBK, wakil daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. serta Datin Dr. Norli Hj Alias dan Datin Dr Hasnorliza Binti Abu Hassan yang mewakili Wawasanita.

    Difahamkan kos bagi membina Menara Merdeka 118 setinggi 678.9 meter ini adalah sekitar RM3 bilion, dan kini menempatkan ibu pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

    YBhg. Dato' Pengerusi YBK dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada pengurusan Menara Merdeka 118 kerana berbesar hati menerima kunjungan YBK, dan menzahirkan kekagumannya kepada pencapaian Menara Merdeka 118 ini yang merupakan ikon Bandar Raya Kuala Lumpur dan bukti keupayaan dan kejayaan PNB untuk membina pencakar langit.
    Delegasi YBK kemudian mengambil peluang bergambar di sudut-sudut menarik di Menara Merdeka 118 sebagai kenang-kenangan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    WORKING VISIT TO MENARA MERDEKA 118

    KUALA LUMPUR, 21 November 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning paid a working visit to Menara Merdeka 118.

    Leading the YBK delegation was YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK together with Board of Trustees Members and top management, and arrival at Menara Merdeka 118 was welcomed by YM Tengku Dato' Ab. Aziz bin Tengku Mahmud, Chief Executive Officer of PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

    YM Tengku Dato' Ab. Aziz delivered a briefing on the history and background of Menara Merdeka 118, and then the YBK delegation was taken to the 118th floor to see the view of Kuala Lumpur city and the interior spaces.

    Also present were Dr. Abdul Fatah Haji Khalid and Mr. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman (YBK Administrative Advisor), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (YBK General Manager), heads of departments and outlets, YBK Kasih Dormitory student representatives, representatives from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. as well as Datin Dr. Norli Hj Alias and Datin Dr Hasnorliza Binti Abu Hassan who represented Wawasanita.

    It is understood that the cost to build the 678.9-metre-tall Menara Merdeka 118 is around RM3 billion, and it currently houses the Permodalan Nasional Berhad headquarters (PNB).

    Ybhg. Dato' Chairman YBK in his speech expressed his appreciation to the management of Menara Merdeka 118 for being honored to receive YBK's visit, and expressed his admiration for the achievement of Menara Merdeka 118 which is an icon of Kuala Lumpur City and a testament to PNB's ability and success in building skyscrapers.

    The YBK delegation then took the opportunity to take pictures at interesting corners in Menara Merdeka 118 as a memento.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Khadijah International Waqf Foundation ke YBK

    KELANA JAYA, 14 November 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada Khadijah International Waqf Foundation (KIWF).

    Delegasi KIWF telah diketuai oleh Puan Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir selaku Pengerusi bersama-sama Puan Mazlina Saidi (Ketua Pegawai Eksekutif KIWF), dan telah disambut oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK).

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Kunjung hormat ini turut menyertakan perbincangan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang 'endowment' serta kedermawanan dan kemasyarakatan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    KHADIJAH INTERNATIONAL WAQF FOUNDATION'S COURTESY VISIT TO YBK

    KELANA JAYA, 14 November 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this afternoon received a courtesy call from Khadijah International Waqf Foundation.

    The KIWF delegation was led by Mrs. Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir as the Chairman together with Mrs. Mazlina Saidi (Chief Executive Officer of KIWF), and was welcomed by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman (YBK's Administrative Advisor).

    Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (YBK General Manager), Mrs. Norleza Hambali (YBK Administration and Education Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager).

    The courtesy visit also included discussions on strategic cooperation that can be implemented by both parties, especially in the areas of endowment as well as philanthropy and community.

    Read more
  • Perbincangan Bersama Khadijah International Waqf Foundation

    HULU LANGAT, 11 November 2024 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz pagi ini telah berkunjung ke Khadijah International Waqf Foundation (KIWF) bagi mengadakan perbincangan berkenaan kolaborasi program komuniti dan pendidikan antara YBK dan KIWF.

    KIWF diwakili oleh Puan Rohani Datuk Mohd Shahir selaku Pengerusi dan juga Puan Mazlina Saidi (Ketua Pegawai Eksekutif KIWF). Turut bersama, Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Afrodi Ali (wakil Ahli Majlis Zon 1 Majlis Perbandaran Kajang), dan Puan Norlida Abd Rahman (setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding Hulu Langat).

    Objektif perbincangan adalah bagi merancang program kesedaran sikap kepada pelajar dan komuniti di Hulu Langat, khususnya berkenaan kebersihan alam sekitar. YBK menawarkan program motivasi kepada pelajar sekolah dengan modul yang turut menerapkan nilai IBUMU serta kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

    Secara prinsipnya YBK dan KIWP bersama-sama MPP Zon 1 MPKj dan Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding bersetuju untuk melaksanakan program motivasi dan program komuniti sebelum akhir tahun ini sebagai program ujian sebelum diperluas kepada lebih banyak sekolah dan kawasan bermula tahun 2025.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;