Kunjungan Hormat dan Lawatan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Datin Hartini Berucap Dalam Program Anjuran Young Professionals Network Brunei (YPN)

    BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 22 Februari 2025 - Presiden Women Economic Forum ASEAN 2025, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah menyampaikan ucapan dalam program 8th Impact Dialogue Series bertajuk 'Daring Greatly to Shape the Future'.

    Program anjuran Young Professionals Network Brunei (YPN) ini menampilkan peserta dari kalangan golongan belia wanita Brunei. Datin Hartini telah memberikan penerangan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk menyertainya.

    Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Norli Hj Alias ​​​​(Presiden Persatuan Usahawan Berwawasan Wanita Malaysia - Wawasanita) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan).


    Gambar: Facebook Women Economic Forum ASEAN 2025


     

    Read more
  • Mesyuarat Pra WEF ASEAN 2025 Di Singapura

    BANDARAYA SINGAPURA, 8 Februari 2025 - Sekretariat Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan sesi pra-mesyuarat program di Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Singapura.

    Delegasi urusetia diketuai oleh YBhg. Datin Dr.(h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025) bersama En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan - YBK). Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan berkenaan perincian program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Hadir di pihak SICCI adalah Puan Meenakshi, Dr Becky Low, dan Puan Rina Pua para pegawai. YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.

     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Mindanao, Davao, Filipina

    DAVAO, 6 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Mindanao di Davao, Filipina.

    Delegasi sekretariat diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Madam Marilou W. Ampuan Al Hajj (Pengasas, Universal Islamic Center), Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Davao City, Filipina

    DAVAO CITY, 6 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Perniagaan dan Perindustrian Davao City, Filipina.

    Delegasi sekretariat diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Madam Marilou W. Ampuan Al Hajj (Pengasas, Universal Islamic Center), Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.


    Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Konsulat Jeneral Malaysia Di Davao City, Filipina

    DAVAO CITY, 6 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina.

    Delegasi sekretariat yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025) telah disambut oleh En. Ahmadulkuddus Husain (Konsul) dan En. Mohd Shaifuddin Daud (Pembantu Peribadi kepada Konsul Jeneral). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Madam Marilou W. Ampuan Al Hajj (Pengasas, Universal Islamic Center), Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Bertemu Pemilik Salome's Garden, Davao City

    DAVAO CITY, 6 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Chef. Salome D. San Jose, pemilik restoran Salome's Garden by Chippens, Davao City, Filipina.

    Delegasi sekretariat yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Madam Marilou W. Ampuan Al Hajj (Pengasas, Universal Islamic Center), Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Pusat Promosi Pelaburan Dan Pelancongan Davao City

    DAVAO CITY, 6 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Promosi Pelaburan & Pelancongan Davao City, Filipina.

    Delegasi sekretariat yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025) telah bertemu Mr. Christian Cambaya (Ketua Unit Khidmat Bantuan Pelabur). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Madam Marilou W. Ampuan Al Hajj (Pengasas, Universal Islamic Center), Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjungan Hormat Sekretariat WEF ASEAN 2025 Ke Jabatan Perdagangan Dan Perindustrian Filipina

    MANILA, 5 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perdagangan dan Perindustrian Filipina.

    Delegasi sekretariat yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan menggalakkan penyertaan.

    Turut bersama, Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

    YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Sekretariat WEF ASEAN 2025 Ke Kedutaan Malaysia Di Filipina

    MANILA, 5 Februari 2025 - Sekretariat Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di Filipina.

    Delegasi sekretariat yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Tuan Yang Terutama Dato Abdul Malik Melvin Castelino selaku Duta Malaysia ke Filipina.

    Turut bersama, Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan - YBK).

    YBK adalah penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Bertemu Tun Dr. Mahathir Mohd

    PUTRAJAYA, 4 Februari 2025 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia bersama delegasi Badan Musyawarah Adat Provinsi Bengkulu, Indonesia yang diketuai oleh Pak Efendi MS telah melaksanakan kunjungan hormat bertemu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohd, mantan Perdana Menteri Malaysia di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana.

    Turut bersama adalah ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bengkulu Malaysia. Delegasi telah diberi peluang mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir dan ahli yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama negarawan ulung ini.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;