3 Sept 2014, Kuala Lumpur - Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan mengadakan perbincangan dengan Presiden Universiti Kuala Lumpur Prof Dato Dr Mazlihan di pejabatnya kampus utama UniKL. Perbincangan ini bertujuan memohon UniKL mempertimbangkan supaya pelajar Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) juga ditawarkan kemasukan ke mana-mana kampus UniKL seluruh negara dengan kemudahan seperrti pelajar Asramja Kasih YBK sekarang. YBK telah mengemukakan kertas cadangan secara resmi kepada pihak UniKL sebelum ini. 

Antara tawaran yang dijangka diperolehi pelajar yang mengikuti program KUNTUM seluruh negara adalah kemudahan kewangan dan keutamaan kemasukan ke mana-mana fakulti kampus UniKL seluruh negara. Secara dasarnya Prof Dato Dr Mazlihan selaku Presiden UniKL menyatakan persetujuan. Beliau akan memperakukan cadangan kepada mesyuarat Lembaga Universiti yang akan diadakan tidak lama lagi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;