KUALA LUMPUR, 14 Julai 2014 - Aktiviti Ramadhan YBK terus disemarakkan dengan Majlis Iftar yang diadakan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis diadakan dengan inisiatif bersama pihak Masjid Jamek dan YBK telah berbesar hati menaja kos Iftar pada hari tersebut. Seramai kira-kira 1,200 jemaah hadir untuk Iftar yang turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Dato' Pengerusi YBK.

Majlis bermula pada jam 6:30 petang di mana Imam Masjid Jamek, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib telah membuka majlis dengan menjemput Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, memberikan tazkirah berkenaan Ramadhan dan fadhilat-fadhilatnya. Tazkirah berlangsung selama 20 minit sebelum waktu berbuka. Warga kota daripada segenap latar tidak melepaskan peluang mendengar tazkirah dan seterusnya berbuka bersama-sama. Dato' Pengerusi YBK juga telah mengimamkan solat Maghrib dan menyertai solat sunat Tarawih.

Sesungguhnya Majlis Iftar ini merupakan titik permulaan kerjasama strategik di antara YBK dan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeksplorasi potensi kerjasama khususnya untuk golongan gelandangan yang merupakan kumpulan yang amat memerlukan perhatian.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;