Bandung Indonesia, 2/6/2014 – Yayasan Basmi Kemiskinan telah melawat sebuah Sekolah Agama Rakyat kelolaan sebuah NGO di Bandung Indonesia iaitu Yayasan Ar-Raudhotun Nur di Kg Bebedahan Desa Panalayan Kacamatan Bayongbung, Daerah Garut, Bandung.

Menurut Bapak Hadis Abdullah Afendi selaku Yang DiPertua Yayasan merangkap Pengetua, Sekolah Agama Rakyat Ar-Rhoudatun Nur sekolah yang telah beroperasi selama 6 tahun yang bermula dengan sekolah TADIKA kini mempunyai lebih 70 muris sekolah dari kalangan anak-anak yatim dan miskin penduduk Kg Bebedahan. Semua 9 guru yang terlibat hanya 2 orang yang disediakan oleh pihak pemerintah selain mengajar secara secara sukarelawan

Kini Yayasan sedang membangunkan sebauah lagi bangunan baru untuk kemudahan belajar tambahan 4 kelas dan surau untuk pelajar. Untuk tujuan tersebut YBK telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000.00 bagi mereliasasikan rancangan tersebut.

Kg Bebedahan adalah sebuah perkampungan luar bandar di bawah kaki gunong-gunong Papandayan dan Cikurey. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pesawah dan petani atau mengambil hasil hutan di kaki gunong-gunong

Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Ketua rombongan menzahirkan rasa kagum di atas usaha Yayasan Ar-Raudhotun Nur menyediakan pelajaran pra-sekolah dan sekolah rendah secara percuma kepada anak-anak yatim dan miskin kepada penduduk dengan sukatan pelajar yang tidak kurang qualitinya. Manakala dalam ucapan alu-aluan Bapak Hadis merakam ucapan terima kasih dan terhutang budi di atas keprihatin rombongan YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;