SMK Serendah, 3/4/2013 -  perbincangan ringkas antara Pengerusi YBK dengan Pengetua SMK Serendah pagi ini di sekolah telah berjaya menghasilkan keputusan yang akan memberi faedah kepada hampir 150 orang pelajar Asrama Kasih yang belajar  di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah Puan Mazmin Muhamad sendiri telah memberikan komitment akan membantu YBK meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar asrama.

Majlis Permuafakatan YBK & SMK Serendah yang akan dianggotai oleh Lembaga Pemegang Amanah YBK, Guru Sekolah SMK Serendah dan PIBG SMK Serendah akan berganding bahu dan usaha bagi menjayakan rancangan yang bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar atau memastikan ‘kemenjadian’  pelajar sebagai modal insan yang berjaya di masa hadapan.

Sempena lawatan ringkas itu juga, YBK juga diberi penerangan tentang perlaksanaan Program i-Think yang bertujuan membangunkan ‘budaya kemahiran berfikir’ secara sistematik yang sedang dgiat dilaksanakan oleh pihak sekolah. Untuk tujuan tersebut satu sesi khas Program i-Think khusus unutk pelajar Asrama kasih YBK akan dilaksanakan pada 14hb April 2013 di Asrama kasih YBK

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;