Serendah, 9 Mei 2014, Surau Al-Falah Asrama Kasih YBK telah mengadakan kuliah Jumaat Program Talaqqi Bersanad selepas solat Maghrib. Program kuliah Jumaat Talaqqi Bersanad ini akan diadakan 2 kali sebulan iaitu pada minggu ke dua dan minggu ke empat. 

Minggu ini Ust. Ahmad Hafiz Alwi daripada Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah dijemput bagi menyampaikan kuliah yang menceritakan mengenai menuntut Ilmu Allah S.W.T. Turut serta pada majlis tersebut ialah En. Zulhairy b. Jalaluddin Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En. Jamil Pengerusi JKKK Kg. Seri Serendah serta beberapa orang kampung yang bersama-sama mendengar kuliah tersebut. 

Program Talaqqi Bersanad ini sangat bagus dilaksanakan kerana pelbagai penerangan mengenai pembentukan Akidah di jelaskan ini berikutan daripada pelbagai isu ajaran sesat atau pahaman yang menyesatkan berleluasa di Dunia dan telah memasuki Negara kita. Anak-anak Asrama Kasih YBK perlu didedahkan mengenai fenomena yang berlaku sebagai bekalan dan persediaan mereka sebelum dewasa. 

 

 

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;