GOMBAK, 11/3/2014 - Skuad Kasih YBK (SKY) telah berkunjung ke kediaman saudara Razak Saad bagi menerima dan menyiasat permohonan beliau untuk memasukkan salah seorang anak ke Asrama Kasih YBK. Pertemuan diadakan di kediaman beliau di Batu 6 1/4 Jalan Gombak, Kuala Lumpur dan diadakan sekitar 30 minit.

Saudara Razak Saad bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mengemukakan permohonan kepada YBK untuk memasukkan anak beliau ke Asrama Kasih atas dasar ingin memberi peluang kepada anak mereka mendapat suasana pendidikan yang lebih kondusif. Saudara Razak Saad menghidap kencing manis yang memerlukan suntikan insulin 2 kali sehari sering menghadapi kesihatan yang tidak stabil. Dengan pendapatan rendah, beliau tidak mampu menanggung anak beliau seramai tiga orang di mana semuanya masih bersekolah.

Skuad Kasih YBK telah bersetuju untuk membantu anak beliau yang bongsu, adik Nurhasya Hawani yang kini bersekolah di Tahun 4 untuk dimasukkan ke Asrama Kasih YBK Gesir. Diharapkan peluang yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dalam masa yang sama dapat meringankan beban saudara Razak Saad sekeluarga.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;