Shah Alam, 12/6/2013 - YBK dengan kerjasama Akhbar Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf dan PUSPANITA Kebangsaan telah melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan 1434H/2013M bagi menyediakan keperluan berbuka dan bersahur di bulan Ramadhan kepada duafa fakir yang memerlukan di seluruh negara.

Bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, program masuk tahun ke-6 penganjurannya telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. “Platform yang disediakan oleh YBK ini tidak seharusnya disia-siakan, kepada sektor korporat dan orang perseorangan rebutlah peluang ini agar dapat sama-sama beramal dan memberi sinar kepada mereka yang memerlukan menjelang Ramadhan Al-Mubarak”.

Turut hadir Ybhg Tuan Haji Mohd Nasir Hamzah, Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf dan Ybhg Datin Dr Jamaliah Ahmad, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan. Tuan Haji Mohd Nasir mengharapkan kerjasama yang telah berlansung selama 5 tahun antara YBK dan Kumpulan Media Karangkraf akan terus berkekalan bagi manfaat mereka yang memerlukan.

Bagi tahun 2013 ini, YBK mensasarkan seramai 1,000 keluarga miskin akan mendapat manfaat dari program ini dan setiap keluarga yang mempunyai isi rumah 4 hingga 5 orang akan menerima RM 550. Penyampaian sumbangan tersebut akan bermula 1 Julai 2013 di seluruh negara.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;