Sebanyak 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengeluarkan deklarasi bersama dalam usaha memartabatkan semangat Ramadan sebagai penggerak dan pemangkin jihad ke arah memantapkan umat Islam.Deklarasi itu antara lain menginsafi keadaan umat Islam yang tertindas dan didiskrimikasi kuasa besar kerana masih dibelenggu kemiskinan dalam pelbagai aspek.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Deklarasi Ramadan, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata menerusi deklarasi ini, NGO terbabit bersetuju membentuk Kongres Permuafakatan Organasasi Amal Islam Malaysia (Amal Islami)."Amal Islami bertindak sebagai penyelaras dan memantau kegiatan yang dijalankan NGO di negara ini bagi memastikan hasrat menjana semula kekuatan umat Islam seperti umat di zaman Rasulullah dan sahabat tercapai."Kita perlu menggerakkan semua pertubuhan agama bagi memastikan umat Islam tidak lagi tertindas dan jauh ketinggalan daripada arus perdana dan persaingan peringkat nasional," katanya pada majlis pengisytiharan deklarasi itu di sini hari ini.

Hadir sama, Perunding Pakar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nakhaie Ahmad yang juga Ketua Urusetia Amal Islami dan Pengarah Yadim, Mohd Amin Salleh.Antara NGO terbabit adalah Institut Kepimpinan Masyarakat, Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat, Majlis Cina Muslim Malaysia, Masyarakat Internet Muslim Malaysia, Yayasan Azam Wanita, Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia serta Yayasan Pelajar Islam Malaysia.Zainal berkata, kongres yang mengetepikan sebarang fahaman politik dan berpuak ini bermuafakat mengemukakan pelan tindakan bagi melaksanakan pelbagai program dengan ikhlas dan jujur.

"Semua ini bertujuan memastikan tenaga-tenaga berpotensi dalam masyarakat Islam dapat dikembangkan bagi menghadapi alaf baru. Sudah tiba masanya bagi umat ini menyahut cabaran alaf baru secara praktikal, sistematik dan strategik."Dengan itu masyarakat Islam dapat mengatasi secara tersusun kelemahannya dan tampil sebagai `khairu ummah' yang mampu bersaing di peringkat global," katanya

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;