Asrama Kasih YBK Serendah 

Asrama Kasih YBK Serendah belanja RM10,460,206.94 membiaya 2,687 orang pelajar yatim dan miskin sepanjang 1994-2012.

Dibangunkan pada 1994 di atas tanah YBK di Kg Seri Serendah dibeli pada RM95,625.00  seluas 6.5 ekar dan diubahsuai pada tahun 2000 dengan kos RM3,319,386.66.

Asrama menyara 150-200 orang pelajar tingkatan 1-5 (miskin dan yatim) setahun supaya pelajar berpeluang mendapat kehidupan sempurna yang tidak dapat disediakan oleh penjaga mereka disebabkan kesempatan hidup. Untuk memastikan pelajar asrama mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti YBK mengadakan kerjasama (MOU) dengan UniKL  sejak 1999 di mana semua pelajar lepasan asrama akan diterima masuk ke UniKL.
Asrama Kasih YBK Gesir belanja RM1,688,527.01 membiayai 265 orang pelajar yatim dan miskin sepanjang 2003-2012

 

Asrama menyara 40-50 orang pelajar miskin dan yatim setahun dari kalangan tahun 3-6 supaya berpeluang menjalani kehidupan sempuran yang tidak dapat disediakan penajaga mereka disebabkan kemiskinan.

YBK belanja RM3,344,134.56 menyediakan tuisyen SPM Percuma (KUNTUM) membantu 18,296 orang pelajar miskin seluruh negara sepanjang 1994-2012

Menyediakan tuisyen SPM percuma di beberapa sekolah (luar bandar) terpilih seluruh negara untuk pelajar miskin yang tidak mampu mengikuti tuisyen yang disediakan oleh pihak swasta. Setiap tahun (Mac-Okt) YBK membiaya tuisyen SPM di sekolah luar bandar terpilih dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar setiap kelas yang dikendalikan guru sekolah berpengalaman

Melatih 1,674 pelatih miskin program kemahiran di Pusat latihan YBK Kuala Selangor sepanjang 1992-2012.

Pusat Latihan YBK Kuala Selangor  yang ditubuhkan pada tahun 1992 menyediakan latihan kemahiran kepada golongan remaja dari keluarga miskin. Ia dibangunkan dengan kos RM1.9juta di atas tanah milik YBK di Bandar Baru Kuala Selangor seluas 5.46 ekar YBK dengan kerjasama UMW Corporation. Program kemahiran yang disediakan adalah Sijil Mekanik Kenderaan Automatif, Kursus Pelukis Plan, Kursus Elektrik, Kursus Lanskap dan Kursus Pendingin Hawa.

Melahirkan 1,200 graduan diploma sepanjang 1997-2005 di Akademi Komuniti Mutiara Banting

Tahun 1997 YBK mendahului agensi kerajaan maupun pihak swasta apabila melabur dalam industri pendidikan tinggi swasta dengan menubuhkan Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting dengan modal pelaburan RM400,000.00 dengan kerjasama EDI. Program diploma yang disediakan Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan dengan pengiktirafan standard minimum oleh LAN. Walaupun kolej terpaksa ditutup pada tahun 2005 kerana saingan IPTS

 

Melahirkan 330 orang graduan diploma di Institut Teknologi Mutiara YBK Gesir sepanjang 1999-2006.

Tahun 1999 YBK menubuhkan sebuah lagi kolej komuniti iaitu   Institut Teknologi Mutiara YBK Gesir di di atas tanah YBK di Kg Gesir Tengah, Hulu Selangor melibatkan kos pembangunan RM2.1juta duit YBK sendiri. Program diploma yang disediakan Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perakaunan juga dengan pengiktirafan standard minimum oleh LAN. Namun tahun 2006, kolej ditutup oleh YBK dengan alasan yang sama iaitu terpaksa bersaing dengan IPTS lain

Menyediakan kemudahan untuk memberi peluang kepada 31 orang mengikuti program Ijazah Pendidikan Jarak Jauh YBK-Universiti Malaya dalam tahun 1998 di Pusat PJJ Gesir

Menyediakan latihan kemahiran kepada 681 orang lepasan sekolah dalam pelbagai bidang kemahiran dalam YBK FASTRACK. YBK menjalinkan kerjasama menyediakan latihan kemahiran di peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kepada 681 orang lepasan sekolah yang tidak berpeluang mengikuti pelajaran di peringkat tinggi. Program ini bertujuan memberi peluang kedua golongan belia mengikuti program latihan kemahiran. Pelajar berpeluang mengikuti program sijil dan diploma di Kolej INPENS, WIT, FIT, ITTAR, EDI, Stamford dan Pusat Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Selangor (SHRDC) dengan melibatkan kos sebanyak RM1.5j

Permuafakatan pintar YBK.

MOU Yayasan Sime Darby (1993)  – tajaan latihan kemahiran pelatih miskin seramai 76 mengikuti latihan di Institut Latihan Perindustrian. MOU SEH (Shin Etsu) 1995 – menaja 78 orang pelatih mengikuti kursus Sijil Teknologi Perindustrian di Pusat pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) selama 6 tahun dengan kos RM409,500.00. Yayasan Guthrie – menaja 40 pelatih dalam bidang binaan dan jentera berat  dengan kos RM500,000.00

Motivasi Pelajar. 

Merancang dan melaksanakan ratusan program Kecemerlangan Pelajar YBK (Motivasi, Seminar dan Bengkel Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, Bengkel Jati Diri) sepanjang 1990-2010 kepada ribuan pelajar miskin dan luar bandar sekolah rendah dan menengah seluruh negara

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;