Kemaman 30/12/2012 - Banjir di daerah Kemaman kali ini adalah antara yang terburuk dalam tempoh hampir 2 dekad. Walaupun banjir telah hampir surut tetapi ada beberapa kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya. Maka YBK melalui bahagian sukarelawannya menyampaikan sumbangan berupa 500 helai tuala serta 200 helai selimut. Adalah diharapkan sumbangan tuala dan selimut ini YBK dapat meringankan kesusahan dan membantu mangsa banjir di sini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh CEO YBK, En Zulhairy Jalaluddin yang  mewakili Pengerusi YBK, YBhg Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom kepada Puan Muhanisah bt Ayob Pegawai daripada Pejabat Daerah Kemaman. Turut hadir En Ghazali Awang, Pengarah Jabatan Kebajikan Daerah Kemaman.

Warga YBK mendoakan supaya kesemua mangsa yang terlibat banjir tabah dan bersabar menghadapi ujian daripada Allah. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;