Serendah, 24/12/2012 Ā - Asrama KasihĀ  YBK buat julung- julung kalinya telah mengadakan hari induksi untuk kakitangan Asrama Kasih. Seramai 7 orang kakitangan Asrama Kasih YBK Serendah dan 2 orang kakitangan Asrama Kasih YBK Gesir terlibat didalam program ini. Latihan Induksi bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 Petang.

Objektif utamaĀ  hari induksi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Asrama mengenai maklumatĀ 
penting Transformasi 5 Tahun YBK, Skim Perkhidmatran YBK dan Manual ProsedurĀ  Kerja. TuanĀ  Haji Bing Selamat selaku Ahli Lembaga pemegang Amanah YBK (ALPA) telah membentangkan tajuk TransformasiĀ  5 Tahun YBK.Ā  Beliau menerangkan mengenai halatuju Transformasi Pembangunan 5Ā  Tahun YBK danĀ  cadangan Transformasi YBK. Manakala En Zulhairy Jalaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YBKĀ  telah menerangkanĀ  Skim Perkhidmatan dan ManualĀ  Prosedur Kerja. Pada akhir sesi latihan induksi, peserta telah membincangkanĀ  4 kajian kes yang berkait rapat dengan Asrama Kasih YBK.Ā Setiap satu kajian kes terdiri daripada 2 soalan, peserta dikehendaki menyelesaikan setiap kes yang diberikan secara terbuka.Ā  Hasil dari perbincangan tersebut banyak perkara mengenai pengurusan Asrama dapat diperbaiki dengan lebih baik mengikut prosedur yang ditetapkan

Di akhir bengkel, petugas merumuskan 7 nilai dasar utama asrama kasih dijadikan sebagai teras teras nilai utama. Nilai dasar tersebut adalah 1)Bertepatan masa 2) Keterampilan 3) Bersyukur 4) Taat & Patuh 5) Berkeyakinan 6) Budaya cemerlang 7) Bersih. Ā 7 nilai dasar utama akan menjadi asas dalam menjalankan kehidupan dan membina sahsiah pelajar

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memenuhi pencapaian KPI Asrama Kasih YBK pada masa akan datang.Ā 

šŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

šŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Ā 03 7875 0036
FAKS :Ā 03 7875 0719
E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;