Sabak Bernam, 3/8/2012 – hari ini YBK mengagihkan lagi sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2012 kepada 7 keluarga termiskin di sekitar Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Dato Dr Mat Yassir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK bersama Encik Mohd Khairi Yunus bekas eksekutif kanan YBK yang kini aktif sebagai Saukarelawan YBK

Mereka telah diperakukan oleh SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam dan Sukarelawan YBK di Sabak Bernam sebagai penerima Sinar Kasih Ramadhan 2012 YBK iaitu bantuan kewangan sebanyak RM510.00 setiap keluarga untuk keperluan berbuka dan bersahur sapanjang bulan Ramadhan yang diperolehi dari sumbangan orang ramai kepada YBK. Mereka terdiri daripada ibu tunggal (4 orang),  serta seorang mualaf yang bekerja sebagai nelayan disamping 2 ketua isi rumah miskin yang yang masih menanggung beberapa orang anak bersekolah. Walaupun penyerahan ini agak terlewat setelah 14 hari berpuasa, mereka tetap bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan.

Mereka adalah

  1. Mohd Najib bin Mat Misro, Kg Sg Apong

  2. Sabariah bt Jaafar (bu tunggal), Desa kasih Tanjung Jawa

  3. Mohamad Adam bin Abdullah (mualaf), Parit Baru Sg Air Tawar

  4. Halimah bt Hj Ramli (ibu tunggal),  Sg Tengar Utara

  5. Ramli bin Omar, Sg Air Tawar

  6. Maizurah bt Mat Sumaiman (ibu tunggal),  Kg Perenggang Sg Air Tawar

  7. Suzana bt Abdul Basir (Ibu tunggal), Kg Sg Apong

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;