Program yang dirancang dan dilaksanakan oleh YBK bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendapat motivasi bagi meransang kecemerlangan pelajar, menanamkan dalam diri sretiap pelajar untuk berjaya, membentuk sahsiah diri seterusnya memberi kesedaran supaya sentiasa bersyukur. Program motivasi dipimpin oleh Puan Nor Laila Aniza bt Zakaria dan dibantu oleh pegawai asrama.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato Dr Mat Yassir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapannya beliau mengajak pelajar mengamalkabn prinsip 'M.U.R.I.D' iaitu 'Matlamat (Merancang), Usaha, Rajin, Iltizam dan Disiplin (Doa) untuk berjaya dalam hidup.