Rombongan YBK telah diberi sambutan baik oleh penduduk yang turut membantu mengagihkan bantuan. Walaupun bantuan makanan diagihkan semuanya kepada mangsa banjir, terdapat 8 keluarga yang tidak dapat menerima kerana tidak dimaklumkan atau dibanci lebih awal dan merupakan penduduk Indonesia. YBK telah berjanji akan datang lagi untuk mengagihkan kepada mereka dalam tempuh terdekat atas dasar kemanusian.
YBK juga berkesempatan melawat dan mengagih makanan kepada 8 keluarga mangsa banjir di Kg Genting Malek sebuah perkampungan yang berhampiran. Kebanyakan rumah yang terlibat yang mengalami kerosakan rumah teruk di sebabkan berhampiran dengan sungai. Malah dari maklum balas penduduk mereka selamat apabila terpaksa berada di atap rumah disebabkan paras air yang tinggi.