Hulu Selangor, 15/8/2011 - Dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) bersama-sama artis berkumpulan Al-Mawlid meraikan anak-anak Asrama Jambo Sakti YBK dengan berbuka puasa dan bersolat terawikh dalam suasana yang serba ringkas dan santai.

Pada majlis tersebut, YBhg Dato' Pengerusi YBK, Dato' Haji Zainal Abidin Sakom bersama-sama Ahli Lembaga Pemegang YBK, Tuan Haji Bing Selamat Bin Amir turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 41 orang anak-anak Asrama Kasih Jambo Sakti. Selain itu, kumpulan Al-Mawlid juga turut menghiburkan para hadirin dengan 2 buah lagu nasyid daripada single terbaru mereka iaitu Cahaya Seluruh Alam dan Belaian Jiwa 1432. Majlis yang serba ringkas ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK (P) Kampung Gesir Tengah, Encik Radli bin Abdul Rani.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;