Teluk Intan, 7/7/2011 - Dalam melaksanakan misi khidmat sosial kepada rakyat menerusi pendidikan, Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) telah mengambil pendekatan melaksanakan Program KUNTUM ( Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu ) semenjak dari tahun 1993 hingga kini. Program KUNTUM merupakan program pembasmian kemiskinan melalui pendidikan. Sepanjang tempoh 18 tahun, YBK  telah membelanjakan RM 2,792,052.81 untuk menjalankan program KUNTUM ini yang melibatkan hampir 570 buah sekolah dengan jumlah seramai 16,796 orang. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah sekolah yang terletak di dalam kawasan luar Bandar di seluruh Malaysia.

Pelajar-pelajar yang terpilih merupakan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dari kalangan keluarga miskin yang tidak mempunyai kemampuan kewangan mengikuti tuisyen swasta. Program ini bermula dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun.
Program KUNTUM ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Antara matapelajaran yang diajar di dalam program KUNTUM ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (Aliran Sains), Perdagangan dan Perakaunan (tertakluk kepada sekolah). Setiap tahun, antara 20 hingga 60 buah sekolah akan dipilih dalam program KUNTUM ini yang melibatkan pelajar seramai hampir 20 orang setiap sekolah.

KUNTUM dilaksanakan dengan sokongan pengetua sekolah dan penglibatan guru sekolah yang terpilih. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan program KUNTUM adalah sekolah yang terletak di luar bandar seluruh Malaysia. Untuk tahun 2011, terdapat 24 buah sekolah telah dipilih dengan jumlah pelajar miskin seramai 480 orang yang mengikuti program ini. Pada tahun ini, YBK memperuntukkan RM113,280 untuk membiayai program KUNTUM di mana setiap sekolah diperuntukkan sejumlah RM4720 bagi melaksanakan kelas tuisyen KUNTUM di sekolah masing-masing selama 8 bulan. Kelas KUNTUM ini dijalankan setiap minggu selama 4 jam.

Pada tahun 2010, majlis pelancaran KUNTUM telah diadakan di SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau Melaka manakala pada tahun ini, Negeri Perak telah dipilih bagi pelancaran program KUNTUM 2011 di SMK Sungai Ranggam. Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin  Abd Kadir, Menteri Besar Perak di mana YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia & Sukan Negeru Perak hadir bagi mewakili Menteri Besar Perak.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;