Kg Seri Mendapat Jasin, 19/2/2011 - YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan UiTM Melaka Kampus Jasin di Kg Seri Mendapat Jasin Melaka. Pembangunan UiTM Melaka Kampus Jasin yang dianugerahkan kepada YBK (YBK Usahama Sdn Bhd) sepatutnya merupakan pembangunan UiTM Serendah Selangor yang ditolak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Turut hadir dalam majlis pocah tanah tersebut adalah Ketua Menteri Melaka, Menteri Pendidikan Tinggi dan Naib Chansellor dan lembaga pengarah Universiti UiTM.

Dalam ucapan alu-aluan, Dato Zainal Sakom merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM  kerana terus memberi peluang kepada YBK walaupun gagal mendapat kebenaran merancang di Serendah Selangor. Ucapan yang diakhiri dalam bentuk nyanyian dondang sayang telah menarik perhatian kehadiran orang ramai yang dianggarkan lebih 3,000 orang dalam majlis tersebut

YAB Perdana Menteri juga menyuarakan rasa dukacita di atas keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan kebenaran merancang ke atas pembangunan UiTM Serendah. Dengan pendapatan yang dijana dari pembangunan dan penyelengggraan UiTM Melaka Kampus Jasin ini, beliau berharap YBK akan dapat merancang dan melaksnakan lebih banyak program pembasmian kemiskinan. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;