Sepang 3/6/2010 - Dalam misi melaksanakan objektif YBK untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat, YBK bersama-sama JKKP Kampung Bukit Changgang telah menganjurkan Program Pelancaran Sukarelawan YBK Kampung Bukit Changgang. Pada majlis tersebut, seramai 130 orang sukarelawan telah didaftarkan menjadi ahli sukarelawan YBK secara rasmi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Dato’ Hj Marsum Paing ADUN kawasan Dengkil, Encik Poovaneswaran A/L Supramaniam Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan Encik Zulhairy Jalaluddin Ketua Pegawai Eksekutif YBK

Kami di YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tn Hj Samson Mukri (Pengerusi JJK(P) serta Keluarga), Pengerusi belia & Beliawanis, Pasukan RELA Kg Bukit Changgang serta penduduk kampung kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan program Sukarelawan YBK ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;