Hulu Langat, 8/8/2020 - YBK telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita di Klinik Kerajaan Batu 14 Hulu Langat.  Objektif utama program saringan kesihatan reproduktif wanita ini merupakan satu program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar bandar dan perkampungan tradisional. Program ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat  dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, LPPKN Selangor & Sukarelawan YBK.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk:

Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan wanita dalam menangani  penyakit berisiko tinggi
Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian di khalayak wanita yang menghidap barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim
Menekankan kepentingan cara hidup sihat khususnya di kalangan wanita yang bakal melahirkan dan membina generasi masa hadapan.

Program saringan kesihatan ke-3 ini telah dijalankan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Batu 14 Hulu Langat. Seramai 50 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul.

Kami di YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai dan Kakitangan Kesihatan Daerah Hulu Langat serta Pegawai dan Kakitangan LPPKN Negeri Selangor kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan program saringan ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;