28 Feb, Kelana Jaya – YBK akan melaksanakan Program KUNTUM 2009 mulai bulan Mac hingga Oktober. Program ini menyediakan tuisyen SPM percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu mengikuti program tuisyen swasta yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Program tuisyen ini akan diadakan di beberapa buah sekolah luar bandar terpilih di seluruh Semenanjung.

Justeru itu, pada 28 Februari hingga 1 Mac, 2009, satu perjumpaan antara  pegawai YBK dengan Penyelaras-penyelaras KUNTUM dari Kelantan dan Terengganu telah diadakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Terengganu yang terlibat adalah SMK Chalok, SMK Saujana, SMK Pelong, SMK Penarek dan SMK Sg Tong. Manakala sekolah dari Kelantan adalah SMK Panji, SMK Salor, SMK Pangkal Kalong dan SMK Kedai Buloh, Kelantan

Pada pertemuan tersebut, Penyelaras-penyelaras  KUNTUM  telah diberi taklimat serta membincangkan prestasi murid dan  beberapa perubahan pada borang KUNTUM 2009. Hasil dari perjumpaan ini , Penyelaras-penyelaras KUNTUM telah memberi cadangan untuk mengadakan seminar teknik menjawab soalan SPM secara berkesan kepada pelajar-pelajar KUNTUM bagi  menghadapi peperiksaan

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;