Serendah, 14/2/2009 - seramai 15 orang ahli Kelab Rotary Sri Petaling telah datang melawat Asrama Kasih pagi ini. Rombongan yang diketuai oleh Lawrence Kwan Presiden Kelab dan Hj Mohd Nordin Sabran (bekas Presiden) telah diberi taklimat oleh CEO YBK, Zulhairy Jalaluddin tentang operasi asrama kasih dan YBK secara umum. Rombongan juga telah dibawa sekitar kawasan dan asrama dengan penerangan disampaikan oleh Cik Aina pembantu Pengetua Asrama.


Dalam ucapan, Hj Mohd Nordin Sabran merakamkan terima kasih kepada pengurusan asrama kasih kerana sudi menerima rombongan Kelab Rotary Sri Petaling dan memberi taklimat tentang YBK serta menyediakan jamuan. Sempena lawatan mereka, Kelab Rotary telah memberi sumbangan peralatan dan perkakasan sukan untuk pelajar asrama.

Rombongan juga telah dpersembahkan dengan irama muzik caklempong dan tarian oleh Badan Kebudayaan Kesenian Pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;