Serendah, 26/9/2008 - Seperti tahun-tahun yang lepas, kemeriahan Ramadhan Al-Mubarak turut diraikan di Asrama Kasih Serendah. Ramai yang turut hadir terutamanya seramai 150 orang anak-anak yatim yang dijemput khas bersama berbuka. Majlis dijalankan dengan lancar dan pelbagai hidangan disediakan sebagai juadah berbuka puasa. Para tetamu beramai-ramai mengerjakan sembahyang Maghrib, Isyak dan Terawih yang diimamkan oleh Pengerusi YBK, Dato` Zainal Abidin Hj, Sakom.


Sumbangan turut disampaikan kepada semua anak-anak yatim sebagai bantuan untuk meyambut Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi. Jelas terpancar keceriaan di wajah mereka apabila menerima sumbangan ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;