Kelana Jaya, 16/2/2008 - Seramai lebih 20 ahli Sukarelawan YBK telah menghadiri perjumpaan bulanan ahli-ahli Sukarelawan yang diadakan pada 16 febdruari 2008 di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya. Majlis dimulai dengan ucapan dan taklimat dari Pengerusi Sukarelawan YBK, Datin Hartini Osman. DSalam ucapannya beliau mengalu-alukan kedatangan para Sukarelawan dan memberi taklimat ringkas tentang penubuhan, aktiviti dan keistimewaan yang diberikan kepada Sukarelawan YBK.

YBK juga menjemput seorang penceramah iaitu Mohd Khairul Nizam Hamzah, Sukarelawan Yayasan SALAM yang aktif dalam bidang sukarela  untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menjalankan tugas-tugas seperti membantu mangsa tsunami di Aceh, mangsa bencana alam Jogjkarta, mangsa ribut tsunami di Pulai Nias dan Kuala Kedah. Sesi ceramahnya berjaya menaikkan semangat ahli Sukarelawan YBK.

Antara yang turut hadir ialah Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Zulhairy Jalaluddin, Zulkifli Jali, Pengetua Pusat Latihan YBK dan Norleza Hambali, Pengurus Pusat MLVK, Gesir.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;